Tuesday 22 September 2015

Kesopanan Dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat seseorang yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan satu sama lain dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisipln serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua - dua kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perlaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai - nilai murni.

Contoh kesopanan dan kesusilaan, ialah:


  1. Setiap orang dalam masyarakat dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila.
  2. Kita harus mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan menghidarkan diri daripada membangkitkan persoalan - persoalan yang sensitif.


 

No comments:

Post a Comment