Tuesday 22 September 2015

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Padukan Baginda Yang di - Pertuan Agong sebagai Ketua Negera. Selaras dengan kedudukan Yang di - Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di - Pertua Negeri bagi negeri - negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja - Raja dan Yang Di - Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat di kehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di - Pertuan Agong.


Contohnya:


  1. Rakyat Malaysia berdiri tegak dan menyayikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
  2. Encik Rashim sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran dan pembangunan negara.
  3. Hock Seng mengelakkan dirinya daripada kegiatan dadah yang dapat mencemarkan nama baik negara.
  4. Rasmawi menghormati dan menyanjung tinggi golongan pemerintah dan pemimpin negara.
  5. Penduduk - penduduk kampung menyambut ketibaan pemimpin dengan meriah.



No comments:

Post a Comment