Wednesday 23 September 2015

Pengenalan

LAGU 5 PRINSIP RUKUN NEGARA




Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Malaysia mempunyai cita - cita hendak:

  • Mencapai perpaduan di kalangan masyarakat
  • Memelihra cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi - tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Terdapat lima prinsip Rukun Negara iaitu:


Kepercayaan Kepada Tuhan

Bangsa dan Negara telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul menjadikan bangsa dan negara sebagai suatu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan tenteram di mana - mana bahagian dalam Persekutuan dan tindakan membezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing - masing, prinsip ini telah dipilih sebagai Rukun Negara.

Setiap kaum mempunyai kepercayaan sendiri dan Tuhan sendiri. Terdapat beberapa contoh dalam berbilang kaum iaitu:-


 







Gamabar diatas menunjukkan Kaum Melayu, berpegang kepada Agama Islam dan percaya kepada kewujudan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad s.a.w. 



 




Gambar diatas menunjukkan Kaum Cina, mereka percaya kepada Tuhan Kwan Kung,Tuhan Kwan Yim, Tuhan Jilaihut. Terdapat juga, kaum cina yang berpegang kepada agama lain seperti Agama Buddha, Agama Kristian, Agama Islam dan lain - lain.



 



Gambar diatas menunjukkan Kaum India, mereka berpegang Agama Hindu dan percaya dengan kewujudan Tuhan Vinayagar, Tuhan Sivan, Tuhan Krishna, dan banyak lagi Tuhan yang mereka percayai. Terdapat juga kaum india berpegang kepada agama buddha, islam dan kristian.




Tuesday 22 September 2015

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Padukan Baginda Yang di - Pertuan Agong sebagai Ketua Negera. Selaras dengan kedudukan Yang di - Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di - Pertua Negeri bagi negeri - negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja - Raja dan Yang Di - Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat di kehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di - Pertuan Agong.


Contohnya:


  1. Rakyat Malaysia berdiri tegak dan menyayikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
  2. Encik Rashim sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran dan pembangunan negara.
  3. Hock Seng mengelakkan dirinya daripada kegiatan dadah yang dapat mencemarkan nama baik negara.
  4. Rasmawi menghormati dan menyanjung tinggi golongan pemerintah dan pemimpin negara.
  5. Penduduk - penduduk kampung menyambut ketibaan pemimpin dengan meriah.



Keluhuran Perlembagaan

Gambar dibawah menunjukkan maksud Keluhuran Perlembagaan



Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara ialah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat malaysia hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana - mana individu atau mana- mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat malaysia. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.



Contohnya:


  1. Setiap rakyat yang setia perlu memahami dan menghormati isi kandungan, semangat serta latar belakang sejarah Perlembagaan Malaysia.
  2. Latar belakang sejarah sangat penting kerana ia memberikan segala penghuraian dan perincian mengenai aspek - aspek yang berkaitan kedudukan raja - raja melayu, kedudukan Islam, kedudukan istimewa orang - orang melayu dan sebagainya.
  3. Kita juga boleh meninggikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat.






Kedaulatan Undang - Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang - undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang - undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang - undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatan perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang - undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu, undang - undang negara menjamin institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang - undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang - undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergrak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggarkan undang - undang serta perkara - perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak - hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara - cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Terdapat beberapa contoh iaitu:


  1. Sistem pemerintahan dan keadilan negara adalah berteraskan kepada undang - undang yang dibuat oleh kerajaan.
  2. Tiap - tiap rakyat negara ini tanpa mengira keturunan, agama dan kepercayaan.
  3. Hak kebebasan individu dijamin oleh undang - undang.

 


Kesopanan Dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat seseorang yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan satu sama lain dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisipln serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua - dua kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perlaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai - nilai murni.

Contoh kesopanan dan kesusilaan, ialah:


  1. Setiap orang dalam masyarakat dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila.
  2. Kita harus mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan menghidarkan diri daripada membangkitkan persoalan - persoalan yang sensitif.


 

Pengajaran

Secara keseluruhan terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk menaikkan semanagat mencintai Rukun Negara. Antara pengajaran yang diperolehi, rakyat Malaysia harus ambil iktibar daripada kejadian rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara. Rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang - undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup Malaysia.

Semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali antara satu sama lain.

Setiap kaum perlu mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik. Justeru, mana - mana nilai yang positif daripada lain seperti budaaya bekerja dan budaya perniagaan orang Cina boleh dikongsi bersama dengan kaum yang laun berjaya.

Dalam sebuah dan nilai hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini telah menjadikan negara ini unik. Keunikan ini perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.